woooo...pejam celik pejam celik dah nak sampai final Mentor 4 yg akan berlangsung Ahad ni,4hb Julai 2010...antara peserta feveret ku of coz laa Nani kan(bkn sebab dia rakan seperjuangan nyanyian ku kat UTeM k)...hehehe...actually Nani patut jd juara Mentor musim ke-4 ni sbb dia mempunyai originality dan style yang tersendiri ketika menyampaikan sesebuah lagu tanpa dibayangi oleh penyanyi asal...dia juga memiliki suara yang betul2 powerful dan bertenaga...agak jarang dpt kite jumpa artis2 kat Malaysia ni mcm sore Nani ni...hmmm...
sepanjang aku mengenali Nani di UTeM...beliau merupakan seorang yang sgt low profile dan amat humble...walaupun beliau banyak kali menyumbang kepada kemenangan Orkestra UTeM (juara Fiesta Muzika MAKUM 2007 & 2008...2 thn berturut2 tuuu)...beliau tetap dgn sikapnya yang tidak sombong dan mesra dengan semua orang...mmg ciri2 artis tu dah ada kat dia sejak dr UTeM lagi...Nani ni suka sgt bwk lagu2 English dan berentak R&B...mmg power laa setiap kali dia perform kat UTeM tu...hehehe...sampai laa satu masa aku bersama2 Nani telah mendapat peluang untuk turut serta dalam Konsert Menjunjung Kasih IPT 2006...time tu 3 org je wakil dr UTeM...aku,Nani ngan Soong(merupakan pemuzik yang hebat di UTeM...hehehe)...mmg meriah giler...pengalaman yg mmg marvellous laa kan...hahaha...
dengan tak disangka2...Nani skrg telah berjaya melepasi audition Mentor(dgn Azmeer lak tu,bukan senang nak lepas ngn Azmeer tu,hehehe)...dan berjaya melayakkan diri ke FINAL...wow...mmg betul2 un-sangka-rable...waakakaka...rakan sepentas ku kini telah berjaya melangkah lebih jauh ke arena seni suara industri muzik tempatan...aku berharap Nani berjaya mencapai impian nya dan berjaya meletakkan diri sebaris dgn artis2 popular masa kini...all da best Nani...chaiyok2!
Kat bwh ni sebahagian gamba2 aku ketika mengadakan persembahan bersama Nani...
...setelah selesai mengadakan persembahan Konsert Menjunjung Kasih IPT 2006...bersama En Shahrul,pegawai kebudayaan dr UTeM yang mengiringi kami...
...barisan penyanyi2 Konsert Menjunjung Kasih IPT 2006...
...semasa persembahan Malam Anugerah Bakti dan Kegemilangan Pelajar UTeM 2007...
...ketika persembahan Malam Simfoni Orkestra UTeM 2008...
...mentedarah setelah puas melalak,waakaka...Berikut merupakan video2 nyanyian Nani sebelum beliau menyertai Mentor 4...
...Konsert Menjunjung Kasih IPT 2006...
...Fiesta Muzika MAKUM 2007...
...Fiesta Muzika MAKUM 2008...
so...apa lagi...kita ramai2 gempur undi untuk Nani k utk final ni...kita pastikan kejuaraan milik Nani...chaiyok2 Nani...yeahhh...









0 comments:
Post a Comment