Bengkel Dondang Sayang

Phewh...penat tp puas!Tu yg dpt aku ungkapkan selepas 2 hari berkampung kat Taman Budaya Melaka pada sabtu ngan ahad(18-19hb10).Pada 2 hari tersebut berlangsung nyer Bengkel Dondang Sayang bagi perkenalkan tradisi dan budaya negeri Melaka dan satu-satunya jenis lagu yg tak ada kat dunia dan muka bumi ni iaitu Dondang Sayang.Ada la dalam 20 orang yang turut serta dalam bengkel ni dan kebanyakannya golongan remaja(macam aku laa,remaja ke?hahaha).Dondang sayang ni memang satu khazanah budaya dari bumi Melaka yang unik sebab dalam dondang sayang ni laa terdapatnya pantun-pantun spontan yang puitis dan sedikit-sebanyak dapat meredakan tekanan bagi orang-orang yang dilahirkan dengan tradisi dondang sayang ni.Di dalam dondang sayang terdapatnya unsur2 gurauan,sindiran,pujian,kiasan dan macam2 laa.Memang menarik la untuk dipelajari.

---amik gamba ramai2 semua peserta dan tenaga pengajar---

Sepanjang bengkel tersebut macam2 aku pelajari seperti cara nak buat pantun,cara nak usik mengusik time berdondang sayang dan yang paling penting camne nak nyanyikan lagu dondang sayang ni dengan betul.Terdapat 3 tenaga pengajar yang tidak jemu2 mencurah ilmu kat kitorg iaitu Pak Rahim Jantan(penyanyi lagu asli terkenal),Pak Abas Khatan ngan Puan Nyonya Tan.Diorg ni memang otai2 laa kire dlm arena berdondang sayang nih.Menurut Pak Rahim,sesiapa yang dapat menyanyikan lagu dondang sayang dengan baik,maknanya dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu di dalam genre yang berbeza terutamanya lagu asli dan irama malaysia(lagu pop tu jgn citer laa,lagi la bley,hehe).

---para tenaga pengajar yang berwibawa---

Peserta-peserta lain yang turut serta juga amat sporting dan berbakat.Dalam byk2 peserta yang join,ada jugak peserta dari kaum bukan melayu yang terlibat iaitu kaum Cheti dan kaum Portugis.Terkesima gak rr aku kan sbb sebelum ni aku tak penah jupe kaum2 ni seumur hidup aku,ekeke.Tp diorg mmg sporting dan boleh berdondang sayang dengan baik walaupun hanya 2 hari saja belajar.Memang agak kagum laa aku ngan diorg2 nih.

---tengah perform...peserta dari kaum Portugis(belakang kiri) dan peserta dari kaum Cheti(belakang kanan)---

Untuk persembahan penutup,aku terpilih untuk wat performance dondang sayang bersama2 5 org peserta yang lain termasuk laa peserta dari kaum Cheti dan kaum Portugis td.Mmg happening dan puas ati giler akhirnya kami semua dapat menunjukkan satu hasil yang cukup memberangsangkan.Setelah selesai majlis penyampaian sijil kepada tenaga pengajar dan peserta,dalam kul 6 petang ari ahad tu bengkel tersebut telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan seribu satu kenangan yang cukup manis kepada kami semua(",).



Read Users' Comments ( 2 )

Projek Besar???!!!

Pada ptg semalam,aku telah dikejutkan dengan panggilan keramat dari En Sharul,pegawai kebudayaan UTeM yg mengatakan nak wat perjumpaan utk satu projek besar.PROJEK BESAR???dia suh pggil sekali penyanyi2 UTeM yg lain...emily,din ngan nani utk berjumpa pada mlm tu kat Restoran Naiman(salah sebuah restoran yang terkemuka jugak la di kalangan warga UTeM,kih3).Dia kata ada satu projek besar yg dia nak bagi tau kat kitorg.Pe lagi,dlm hati kitorg sume berdegap-degup laa apa laa gerangan projek besar yang En Sharul nak war2 kan kat kitorg tu kan,phewh...

Dengan perasaan tak sabar nyer,aku adalah org pertama yang sampai kat restoran tu.Pastu din,then emily,dan last sekali nani.Ada laa dlm sejam gak rr tggu dia cakap pe projek yg besar sgt tu.Kitorg masing2 berpandang2an sesama sendiri tertanya2,ada show baru kah?projek wat album kah?macam2 rrr...

At last,penantian penuh debaran kitorg sume berakhir dengan jawapan yg kuar dari mulut En Sharul sendiri,hehehe."Kita ada projek besar ni.Punye laa susah nak luluskan projek ni korg tau.Si Fazley tu(Exco Kebudayaan UTeM) berhempas pulas nak pastikan projek ni lulus".Kitorg pun tggu laa jugak En Sharul ckp pe dia projek tu...saspen tul...hahaha...

"11hb 12 ni korg free tak??"Aku angguk je,si emily pun okeh je free,din pun bereh je...Nani je yg tak dpt sbb ada hal lain...hmmm."Aku nak korg standby 2-3 lagu sorg,kalu bley sume lagu Melayu,orait?"kitorg sume angguk je laa...tggu lagi...phewh...

AKHIRNYA...."Saya nak bwk korg sume g Indon...kite g Padang kat Sekolah Tinggi Seni Indonesia,amacam?Kite ada show sket kat sana,sambil2 tu kite g jalan2"kitorg pe lagi...WAAAAA...Din tak abis2 senyum kegembiraan,terharu dia kata sbb dihargai sebegitu rupa,ececeh...kelakau betul...hahaha...Emily pun terpinga2 betul ke ni?hahaha...tp nani selamba je,sbb mmg dia tak dpt pegi kan...hmm...

Aku pulak mmg seronok tak hengat laa time tuu sbb first time aku nak ke Indon ni kan.Tak penah2 dlm seumur hidup aku ni nak ke sana,hehehe.Pada perancangan nyer,kitorg akan ke sana pada 11hb12 smpi laa 15hb12 ni.Menurut kata En Sharul,kitorg just naik bot je ke sana,aku pun tak penah rasa naik bot jauh2 smpi ke Indon,ekeke.

Apa2pun aku berharap sgt program ni akan berjalan dgn lancarnye,insyaAllah.Sekolah Tinggi Seni Indonesia,here I come!!!






Read Users' Comments ( 9 )