Bengkel Dondang Sayang

Phewh...penat tp puas!Tu yg dpt aku ungkapkan selepas 2 hari berkampung kat Taman Budaya Melaka pada sabtu ngan ahad(18-19hb10).Pada 2 hari tersebut berlangsung nyer Bengkel Dondang Sayang bagi perkenalkan tradisi dan budaya negeri Melaka dan satu-satunya jenis lagu yg tak ada kat dunia dan muka bumi ni iaitu Dondang Sayang.Ada la dalam 20 orang yang turut serta dalam bengkel ni dan kebanyakannya golongan remaja(macam aku laa,remaja ke?hahaha).Dondang sayang ni memang satu khazanah budaya dari bumi Melaka yang unik sebab dalam dondang sayang ni laa terdapatnya pantun-pantun spontan yang puitis dan sedikit-sebanyak dapat meredakan tekanan bagi orang-orang yang dilahirkan dengan tradisi dondang sayang ni.Di dalam dondang sayang terdapatnya unsur2 gurauan,sindiran,pujian,kiasan dan macam2 laa.Memang menarik la untuk dipelajari.

---amik gamba ramai2 semua peserta dan tenaga pengajar---

Sepanjang bengkel tersebut macam2 aku pelajari seperti cara nak buat pantun,cara nak usik mengusik time berdondang sayang dan yang paling penting camne nak nyanyikan lagu dondang sayang ni dengan betul.Terdapat 3 tenaga pengajar yang tidak jemu2 mencurah ilmu kat kitorg iaitu Pak Rahim Jantan(penyanyi lagu asli terkenal),Pak Abas Khatan ngan Puan Nyonya Tan.Diorg ni memang otai2 laa kire dlm arena berdondang sayang nih.Menurut Pak Rahim,sesiapa yang dapat menyanyikan lagu dondang sayang dengan baik,maknanya dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu di dalam genre yang berbeza terutamanya lagu asli dan irama malaysia(lagu pop tu jgn citer laa,lagi la bley,hehe).

---para tenaga pengajar yang berwibawa---

Peserta-peserta lain yang turut serta juga amat sporting dan berbakat.Dalam byk2 peserta yang join,ada jugak peserta dari kaum bukan melayu yang terlibat iaitu kaum Cheti dan kaum Portugis.Terkesima gak rr aku kan sbb sebelum ni aku tak penah jupe kaum2 ni seumur hidup aku,ekeke.Tp diorg mmg sporting dan boleh berdondang sayang dengan baik walaupun hanya 2 hari saja belajar.Memang agak kagum laa aku ngan diorg2 nih.

---tengah perform...peserta dari kaum Portugis(belakang kiri) dan peserta dari kaum Cheti(belakang kanan)---

Untuk persembahan penutup,aku terpilih untuk wat performance dondang sayang bersama2 5 org peserta yang lain termasuk laa peserta dari kaum Cheti dan kaum Portugis td.Mmg happening dan puas ati giler akhirnya kami semua dapat menunjukkan satu hasil yang cukup memberangsangkan.Setelah selesai majlis penyampaian sijil kepada tenaga pengajar dan peserta,dalam kul 6 petang ari ahad tu bengkel tersebut telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan seribu satu kenangan yang cukup manis kepada kami semua(",).



2 comments:

CoklatChips said...

Smart la blog ko rizal..

RiZaL HaShiM said...

hehehe...tq2...
alaa...
da simple abis da blog aku nih...
tak rr secanggih korg kan...
waaakakaka(",)